Monday, October 11, 2010

Guru membunuh minat pelajar dalam kegiatan Luar??


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, sudah agak lama saya tidak menulis di blog saya ini dek kesibukkan kerja. pada 15 hingga 17 haribulan ini pengakap daerah Bekenu akan mengadakan perkhemahan Daerah 2010 buat pertama kalinya. Sekolah kami tidak ketinggalan untuk menghantar peserta ke perkhemahan tersebut, malang bagi saya kerana tidak dapat memberi peluang yang banyak kepada pelajar-pelajar saya kerana saya hanya dibenarkan membawa 4 orang pelajar sahaja dek tidak ada guru yang sanggup mengiring pelajar-pelajar saya. Saya terfikir sejenak,kenapa ditubuhkan persatuan disekolah kalau tidak ada guru yang sanggup mengiring pelajar2nya untuk kegiatan luar. Sedih hati ini apabila saya terpaksa memulangkan wang yuran penyertaan kepada pelajar saya dan menyatakan anda tidak dapat mengikuti perkhemahan. Kalaulah saya ni boleh buat kage bunshin macam dalam Naruto tu kan best. Pernah seorang guru kat sekolah saya menyatakan, 'sekarang kau bolehlah kau bujang lagi, tengoklah nanti kalau dah kawin...'Frasa diatas seolah-olah membunuh semangat saya, sebagai guru senior dia sepatutnya memberikan galakan dan sokongan bukan kata-kata bernada sindiran. Semasa temuduga dulu bukan main lagi bakal-bakal guru ni, nah ketika sidah bergelar pendidik kata-kata tersebut hanya omongan kosong semata-mata. Bukankah kanak-kanak hari ini pemimpin masa depan. Melalui aktiviti luar dan lasak ini lah kita dapat melahirkan pemimpin berwibawa masa hadapan dan bukan pemimpin yang hanya beromongan kosong sahaja. Moga-moga semangatku dalam Pengakap ini tidak akan luntur dan tetap gah walaupun diuja dengan seribu macam ujian.

Friday, January 22, 2010

Selamat Jalan IPGM Sarawak Miri

Huh..Tak sangka aku dah pun mengharungi setahun latihan perguruan di IPGM, banyak suka duka yang telah aku harungi di IPGM miri. Kepada semua rakan seperjuangan, selamat bertugas di tempat kalian. Moga-moga usaha kita untuk mendidik dan memimpin anak bangsa kita diberkati dan diredhai Tuhan yang maha kuasa. Kini aku bergelar seorang guru terlatih di SK Merbau Miri. Setiap kali ku tatap wajah anak-anak muridku, semakin berkobar-kobar semangatku untuk mendidik mereka menjadi insan berguna satu hari kelak.Segala Ilmu yang telah ku pelajari di IPGM akanku gunakan sepenuhnya untuk mendidik mereka. Salam perkenalan kepada semua guru dan pelajar di SK Merbau Miri. Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan semoga berjaya mendapat 8 A dalam PMR kepada sepupu sedarahku yang amat aku sayangi Mohd Izzat Hishamuddin yang kini belajar di SMK Agama Miri, jangan nakal2 k...

Monday, October 20, 2008

Warkah buat Eizat


Assalamu'alaikum. Adikku, berusahalah supaya menjadi anak soleh yang membahagiakan ibu-bapa di dunia mahupun di akhirat. Hidup sebagi remaja hnya akan ditempuhi sekali sahaja dalam sumur hidup. Oleh itu, janganlah mensia-siakannya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Menjadi dewasa sebagai remaja bukan bermakna bebas melakukan apa saja yang diinginkan hati, bak kata orang tua 'ikut hati mati, ikut rasa binasa', jadi gunakanlah akal yang Allah kurniakan sebaik-baiknya. Hidup ini indah lagi manis, lagi indah jika kita mengikuti Jalan yang telah Allah tentukan. Isikanlah masa remaja dengan iman dan Taqwa kepada Allah S.A.W. Jadi anak yang soleh bukan untuk ibu-bapa sahaja tetapi untuk dirimu jugak dik.Ingatlah cita-cita itu penting dari cinta, biarlah cinta kita untuk Allah dan rasulnya. Usia remaja adalah tempoh usia muda yang banyak liku-liku perjalanan panjang, penuh cabaran dan banyak menuntut kesabaran dan ketelitian. Akhir Kalam Jika inginkan kebahagian dan ketenangan dalam hidup ini, hiduplah dalam keredhaan ibunda dan ayahnda dik. Redha Allah S.W.T adalah tergantung atas redha ibunda dan ayahnda. Selamat hari Lahir yang ke-13 Eizat.
p/S: pesanan ini jugak ditujukan buat adik2 ku, adik2 mentee,murid2 ku dan sesiapa sahaja yang sedang meningkat remaja

Saturday, October 18, 2008

Game??Bodoh??


ish2.tadi pagi aku agak tersentak siket pasal..aku telah dikejutkan dengan kenyataan orang yang main game ni jadi bodoh!! alamak terasa pulak aku, sebab aku ni segolonganla dengan orang2 yang main game.huh..aper pendapat korang,??bagi aku la dengan permainan game ni dapat menjadikan seseorang itu labih kreatif dan lebih berfikir. contohnya apabila kita bermain game, computer game ke PS ke atau yang seumpama dengannya, kita akan memikirkan strategi yang mantap untuk mengalahkan musuh2 kita.kita akan lebih banyak berfikir untuk mencari jalan keluar kepada masaalah yang telah diberikan kepada kita.membentuk sikap penyabar dan tabah dalam menyelesaikan misi2 yang telah diberikan.kita sebagai pelajar harus sedar akan kepentingan masa, so kita semestinya pandai mengurus masa dengan bermain permainan vedio ini.( membina pengurusan masa yang baik) selain mencegah dari pergi ke tempat2 yang boleh meruntuhkan akhlak dan bergaul dengan kengkawan yang tak tentu hala seterusnya melahirkan masyarakat yang rosak akhlak. dari pemantauan kasar aku sendiri yang bergelar guru, biasanya pelajar2 yang bermain permainan vedeo ini selalunya kreatif dan agak bijak dari kengkawan2 yang lain. ramai rakan2 gamers aku yang lain semasa di universiti sekarang bergelar jurutera, guru dan jugak peguam.mana significantnya gamers tu Bodoh. maner ader orang yang main game ni jadi Bodoh..ish.jangan sampai melalaikan sudah la..pandai2 la gamers suma aturkan masa.

Wednesday, October 15, 2008

Kenaper aku suka Nombor '7'

Sebab aper aku suka dengan angka tujuh ni?? ini kerana... Nombor yang kerap kali Allah sebut kan dalam al-quran adalah angka ganjil dan antara angka ganjil itu adalah nombor '7'. Allah menciptakan bumi dan langit sebanyak 7 lapisan, Allah takdirkan siang dan malam berganti-ganti dalam 7 hari. Tuhan menciptakan Syurga dan neraka sebanyak 7 tingkatan. sama jugak dengan amalan harian kiter, ketika kita mengerjakan haji, maka kita bertawaf sebanyak 7 pusingan, bersai sebanyak 7 kali. Melontar di 3 jamrah iaitu di Jamrah al-aqabah, ula dan wusta 7 batu setiap lontaran. Dalam kalimah syahadah juga terdiri daripada 7 kalimah. Pendek kata Allah telah memilih angka 7, disebutkan dalam al-Quran serta diamalkan dalam beberapa ibadah islam. apa-apapun aku hanya sekadar menyukai nombor tujuh nie. tak derla sampai mempercayai nombor nie boleh bawak tuah ke, keberkatan ke, semuanya datang dari Allah semata2. Asalnyer aku tak tau pulak tentang fakta diatas. tetapi setelah mengetahuinya aku semakin menyukai nombor tujuh nie..daa...

Tuesday, October 14, 2008

Hari ke dua PMR

Assalamualaikum. Hari nie dah masuk hari kedua Penilaian Menegah rendah PMR. Pergh..teringat zaman gua dulu-dulu beb. seksa beb. berdebar2 tiap2 kali masuk dewan st Joseph tu.dah la pengawas garang. kita dalam hidup nie macam2 peperiksaan yang kita akan lalui. UPSR adalah yang pertamanya. lepastu PMR la pulak pas tu SPM. aku ingat lagi kata cikgu sekolah rendah aku dulu UPSR adalah jambatan pertama yang kami akan lalui kemudiannya banyak lagi jambatn2 lain yng akan kami lalui. huh sampai kiter tua pun kita akan menduduki peperiksaan. tu yang formal. tak masuklagi ujian dan dugaan hidup. ha pas abes sekolah, peperiksaan kat universiti lagi, lagila mencabar rasa macam spm setiap hari. dah kerja pun ada exam lagi, exam penilaian tahap kecekapan la pulak.macam2 ada beb. Pendek kata kita nie akan sentiasa menghadapi ujian. jadi bersiap2 siap la kita. bak kata pepatah orang melayu Sediakan Payung Sebelum hujan. jangan buat preparation last minute kang dah terhantuk baru tergadah. ceh skema la pulak.Apa-apapun kepada adik-adik, murid-murid dan rakan-rakan yang sedang dan akan menghadapi peperiksaan. semoga berjaya dengan cemerlang dan gemilang. ingatlah kajayaan dan kecermelangan adalah hak milik setiap insan.

Sunday, October 12, 2008

Kurang asam boi!!!!

Hari minggu...hari untuk beristirehat bak kata D.J muzik F.M hari ini, satu-satunya radio yang boleh aku katakan menghiburkan di bandaraya miri nie.Dah tak der stesen lain dah nak aku dengar..sampai hapal aku lagu rayer D.J2 muzik FM tu. Hari ni aku bangun seawal 7.00 (awal ke??) aku dikejutkan dengan deringan talipon bimbimbit aku, terdengar suara adikku di Kolej mengingatkan aku mengambilnya di sekolah hari nie.nak pg rumah terbuka la katanya. aku pun bergegas tanpa mandi pagi hari ni menjemput adikku itu. tepat pukul 9 aku hantar 'illah jela'h gelarannya ke rumah kawannya. Program aku hari nie menghadiri majlis pertunangan kakak kawan aku. nak dijadikan cerita balik dari majlis tersebut, tengah aku memandu dengan tertibnya tiba2 kereta Avanza berhenti tak pasal2 kat depan aku, akupun apa lagi break la. berderau darah aku dan member aku..Kurang Asam Boi!!!!...bentakku dalam hati. Lepastu aku sekali lagi ditugaskan menghantar adikku yang lelaki pulak ke terminal bot ekspress, kalini dier yang drive( adik aku la) tengah2 drive tiber2 dier berhenti mengejut, rupa-rupanya sorang lagi samdol berhenti mengejut. Kurng asam boi!!! sekali lagi aku menyumpah seranah.ish..aper la diorang ni tak ambik pendidikan sivik kot kat sekolah.ish2 anywhare comel tak cousin aku kat sebelah ni..hahaha.perkenalkan nie la sweet cousin aku.okei la, aku pun tak tau la nak buat aper lagi hari ni.so mungkin malam lagi ader lagi kot cerita2 menarik..selamat raya korang2.